CHAI BOEY



CHAI BOEY

Untuk resipi ini anda boleh menggunakan lauk lebihan semalam seperti ayam goreng,daging bakar,kfc atau pun ayam masak kicap ambil daging sahaja, saya guna lebihan roast chicken.

500 gm roast chicken lebihan semalam.

400 gm sayur sawi pahit ( saya tak tahu nama sayur dalam bahasa melayu (lihat gambar) dipotong.

150 gm carrot, dihiris nipis

2 tomato besar, dipotong 4

50 gm bawang putih,dibelah 2

150 gm bawang besar, dihiris

10 chilie kering, dipotong

2 chilie merah, dihiris, jika anda suka

6 keping asam gelugor

2 kiub ayam

1 s/m kicap pekat manis

2-3 s/m minyak

2 liter air (8 cawan)

1. Panaskan minyak masuk bawang, bawang putih, chili merah dan goreng kering hingga naik wangi.

2. Masukkan air, kicap pekat, asam gelugor, kiub ayam dan garam secukup rasa.

3. Masukkan daging,sawi, carrot dan tomato kacau dan biarkan masak sehingga sayur-sayuran masak. Hidangkan dengan nasi panas.














Subscribe to receive free email updates: