KOOTU KUBIS



KOOTU KUBIS

500 gm kubis, basuh dan keringkan dulu baru dipotong halus

½ cawan kacang dhal,direndam 2-3 jam

¼ cawan kacang kadalai parupu,direndam 2-3 jam dan direbus hingga masak tapi jangan sampai hanchur.

5 ulas bawang putih*

1 s/t jintan putih*

1 inci halia,ditumbuk kasar*

2 cawan air*

1 s/t serbuk jintan putih

¼ s/t serbuk kunyit

1 cawan santan

Garam secukup rasa

1 s/t gula

Bahan tumis:

1 biji bawang besar,di-hiris  halus

4 tangkai chilie kering,dipotong

1 s/t biji sawi

1 s/t urad dhal

3 tangkai daun kari

21/2 s/m minyak

1.    Masukkan kedalam periuk cooker  dengan bahan2 tanda* dengan 2 cawan air masak sampai kacang empuk.

2.    Masukkan  kacang kadalai paruppu,  santan,serbuk kunyit dan serbuk jintan putih kacau dan masak hingaa sedikit pekat. Masukkan kubis dan garam kacau rata dan kecilkan api.

3.    Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumis bahan tumis hingga bawang menjadi perang. Tuangkan kedalam kubis dan kacau rata masak hingga kubis masak.




Subscribe to receive free email updates: