RESIPI SPAGHETTI ANGEL HAIR GORENG TOMYAM

rsz_spaty
Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni mak dan abang long che mat puasa. Jadi masak petang sikit lah...Haa, che mat pesal tak puasa?...Errr, heyy sapa cakap tak, pakcik kau puasa juga lah, tapi malam karang...hahaha. Jadi bagi yang tak puasa macam che mat ni, kita masak lah benda yang senang dan boleh isi perut. Korek2 dalam peti sejuk doreamon, maka keluarlah macam2 benda. Ada daging, ada sawi, ada taugeh, ada juga belen sambal tumis udang 2 hari lepas yang che mat bekukan dalam freezer. Kebetulan ada pulak pes tomyam Adabi yang che mat dapat tempoh hari. Bolehlah kita bikin spaghetti angel hair goreng tomyam. Sebenarnya takde undang2 pun bila nak masak benda2 gini, just follow your instinct lah kata orang putih, cuma kau jangan over do it, maksud nya pi taruk sirap rose ke atau pi tambah pisang ke dalam spagetti, yang tu memang jahanam jadinya, jin pun takmo makan waakkk!. Resipi hanya sebagai panduan, selebihnya ikut selera masing2. Ok, jomm kita mulakan...resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hair, rebus hingga lembut dan toskan
Sebesar tapak tangan daging batang pinang, hiris nipis, pastikan lawan urat, cuci dan toskan
1 paket kecil perencah tomyam Adabi
1/2 cawan sambal tumis udang, yang di kalau takde, boleh guna cili kisar dalam 2 camca besar
2 pokok sawi bok choy, cuci, toskan dan kerat berasingan batang dan daunnya
Taugeh secukupnya
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
Sos ikan secukup rasa
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 helai daun limau purut, buang tulang tengannya dan mayang halus
1 pokok daun ketumbar, hiris
1/2 biji limau nipis
Minyak zaitun untuk menumis (boleh guna minyak masak biasa)
Hirisan cili padi, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 4 camca besar minyak zaitun dalam kuali. Masukkan daging yang dihiris tadi dan masak dengan api besar hingga daging berubah warna. Tolak daging ke tepi kuaali. Tumis pula bawang besar dan bawang putih hingga layu dan perang. 
  2. Masukkan sambal tumis dan perencah tomyam Adabi, kacau rata. Masukkan sos tiram dan sos cili, gaul rata dengan daging tadi. Masukkan batang sawi bok choy dan spaghetti. Gaul rata dan tambah hirisan daun limau purut dan daun sawi. Kacau hingga semua rata. 
  3. Perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan taugeh dan hirisan daun ketumbar. Akhir sekali perahkan jus limau nipis, gaul rata dan matikan api. Hidangan dengan hirisan cili padi jika suka. Sedap dimakan panas, selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates: