Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat tak boleh nak berborak panjang. Ini pun curi2 masa untuk kemaskini blog. Beberapa hari lepas che mat ada cuba bikin biskut telur rebus. Biskut ini dah lama berlegar2 di blog teman2 masakan, tapi entah kenapa baru sekarang baru teringin nak mencuba. Ianya unik kerana menggunakan telur rebus dan hanya bahagian kuningnya sahaja yang diambil. Yang bahagian putih, kita boleh makan dengan kicap. Bahan2 yang digunakan juga tak banyak. Rasa biskut telur rebus memang sedap, lemak dan cair dimulut. Sesuai kalau anda buat untuk hidangan hari raya nanti. Hiasan atas biskut terpulang pada kreativiti anda, asal cantik dipandang dan tak keterlaluan sudah cukup. Che mat guna isi kuaci labu saja sebagai hiasan. Jika nak mencuba, resipi seperti dibawah ini....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A250 gram mentega
200 gram tepung gandum*
200 gram tepung jagung*
150 gram tepung kastard*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
100 gram gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla
1 kuning telur, untuk disapu atas biskut
Isi kuaci labu secukupnya, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Telur direbus hingga keras, kupas kulitnya dan ambil bahagian kuning sahaja. Masukkan dalam tapis dan lecek sambil ditekan2 perlahan, jangan lupa bawah ditadah dengan mangkuk. Tujuannya untuk mendapat hasil lecekkan yang halus. Ketepikan,
- Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur rebus yang dilecek halus tadi. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua bersatu. Perlahan2 masukkan tepung yang telah diayak, sedikit demi sedikit, hingga habis dan bancuhan menjadi doh yang boleh dicanai.
- Bahagikan doh tadi kepada 3 bahagian dan tutup permukaannya dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. Ambil 1 bahagian, canai antara 2 keping plastik, canai setebal 1/2 cm dan cetak dengan acuan biskut pilihan anda. Alihkan ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
- Panaskan oven pada suhu 170C selama 10 minit. Sapu permukaan biskut dengan kuning telur, hias dengan 2 biji isi kuaci labu. Kemudian bakar biskut lebih kurang 25 minit atau hingga masak. Sejukkan biskut atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara....